tag:blogger.com,1999:blog-48720370842768493932024-03-13T20:10:54.871-07:00jendelahati80iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.comBlogger32125tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-47221661621068173742012-11-28T08:47:00.002-08:002012-11-28T08:47:55.206-08:00Kehilangan...Salam takziah diucapkan kepada keluarga Puan Nageswary atas pemergian beliau. Saya terima berita sedih ni jam 8.40 pagi tadi..Terima kasih kepada si pengirim SMS..iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-58816149762609464222011-04-14T00:00:00.001-07:002011-04-14T00:10:59.655-07:00Info BahasaINFO BAHASA
Rapat dan mantap. Melibatkan 16 perkataan dalam Bahasa Malaysia yang ditulis secara rapat tanpa proses penjauhan huruf walaupun melibatkan dua ayat. Mengikut penerangan yang telah dimantapkan. Hanya 16 perkataan ini sahaja yang perlu dirapatkan ejaannya. Selain daripada itu, sebarang ejaan yang melibatkan dua ayat perlulah di jauhkan.

1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. kakitangan
5. kerjasama
6. olahraga
7. tandatangan
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. tanggungjawab
12. warganegara
13. pesuruhjaya
14. ubahsuai
15. jawatankuasa
16. suruhanjayaiydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-33874189978230532822011-04-13T23:10:00.000-07:002011-04-14T00:00:14.357-07:00Fail-fail PBSsaya nak ucap terima kasih kepada tuan punya blog yg sudi beri saya share info tentang PBS ni...banyak kerja saya lepas ni kan...nk kena update fail-fail yang sedia ada tu...peningggggg....
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

KONGSI ILMU
FAIL-FAIL PBS KSSR :
1. Fail Induk
Minit mesyuarat
Organisasi
Perkeliling
Laporan dll...
2. Fail Mata Pelajaran
Rekod Standard Prestasi Murid
Instrumen Ujian-ujian
3. Fail Murid
Biodata murid
Instrumen Ujian-ujianiydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-4813280675990988082011-01-20T22:30:00.000-08:002011-01-20T22:31:28.682-08:00Larang guru kerja SabtuPengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.

Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.

Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.

“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi “Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam.

Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit dan serba salah dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan bimbang dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.

“Ada guru yang sukarela bertugas dengan mengadakan kelas tambahan pada Sabtu atau menganjurkan program berbentuk sukan, tetapi bagi mereka yang tidak rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat aduan supaya hak mereka terbela.

“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu berani meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada masalah,” katanya.iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-5867358736308526142011-01-20T21:39:00.000-08:002011-01-20T21:41:56.260-08:00santai...Hari ni cuti lagi..cuti tambahan bg sambutan Hari Thaipusam....releks sikit coz 4 hari ler kiranya cuti tuk minggu nih...sakan....
duk belek blog yg dah lama x disentuh..tukar n repair ckit sana sini...jadilah mcm nih....nk bt lagi canggih x tau....kalau ada sapa2 nk tolong saya, silakan lah...dialu2kan...iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-74519452576979085022010-10-19T08:36:00.001-07:002010-10-19T08:36:25.643-07:00contoh pantun 6 kerat....Apa di harap padi seberang,

Entah berderai entahkan tidak,

Entah dimakan pipit melayang,

Apa diharap kekasih orang,

Entah bercerai entah tidak,

Entah makin bertambah sayang.iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-51221741000179526922010-10-19T08:34:00.000-07:002010-10-19T08:35:54.686-07:00contoh pantun 4 kerat...Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
budi yangbaik dikenang juga.iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-25002361593433309922010-10-19T08:33:00.000-07:002010-10-19T08:34:22.976-07:00contoh pantun 2 kerat....Sudah gaharu cendana pula,

Sudah tahu bertanya pula.iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-12274993389229208342010-10-19T08:32:00.000-07:002010-10-19T08:33:17.595-07:00JENIS-JENIS PANTUN1. Pantun dua kerat

2. Pantun empat kerat

- Pantun kanak-kanak

- Pantun jenaka

- Pantun bersukacita

- Pantun berdukacita

- Pantun kiasan

- Pantun budi

- Pantun nasihat

- Pantun agama

- Pantun kasih sayang

- Pantun nasib

3. Pantun enam kerat

4. Pantun lapan kerat

5. Pantun sepuluh kerat

6. Pantun dua belas kerat

7. Pantun tiga belas kerat

8. Pantun berkaitiydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-69000598636497884542010-10-19T08:30:00.000-07:002010-10-19T08:31:11.816-07:00Maksud PantunPantun merupakan satu puisi Melayu sejati. Pantun terpendek terdiri daripada dua baris yang mempunyai ikatan berirama dan mempunyai sebutan yang sama dihujungnya. Baris-baris ini pula boleh dikumpulkan menjadi empat, enam ataupun lapan baris. Jarang terdapat pantun yang melebihi lapan baris dan pada kebiasaannya pantun terdiri daripada empat barisan.

Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun. Bahagian pembayang bagi pantun empat kerat terdiri daripada dua ayat pembayang dan dua ayat maksud, dan bagi pembayang pantun lapan kerat adalah empat ayat pembayang dan empat ayat maksud dan demikianlah seterusnya.iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-52125919225531836242010-10-19T08:27:00.000-07:002010-10-19T08:29:14.160-07:00Pantun Kasih SayangSegak gagah putera bistari
puteri manja kesayangan ratu,
Seri wajahmu igauan mimpi
senyum kerlingan penawar rindu,

Camar laut melayang rendah
tampak ikan lalu disambar,
Kasih padamu hinggap menyinggah
dalam pelukan bukanlah sebentar,

Tenang-tenang air di laut
sampan kolek mudik ke tanjung,
Hati terkenang mulut tersebut
budi yang baik rasa nak junjung,

Meninjau padi masak
batang kapas bertimbal jalan,
Hati risau di bawa gelak
bagai panas mengandung hujan,

Asap api di Tanjung Tuan
Kuala Linggi bakaunya rendah,
Harap hati kepada tuan
langit tinggi ku pandang rendah,

Dua puluh satu bilangan Melayu
satu likur bilangan Jawa,
sama-sama menanggung rindu
kalaupun mati kita berdua,

Walaupun jauh dipandang mata
cinta ku semai kasih sejati,
Biarpun jauh di seberang sana
kasih ku berubah tidak sekali,

Ku kutip bunga buat karangan
karangan diletak di atas peti,
Ingin ku sunting bunga di jambangan
buat penyeri di taman hati,

Ambil tali buat pengikat
Tali sabut panjang sedepa,
Bukankah janji telah diikat
kedatangan kanda ditunggu setia,

Hendak ke seberang naik penambang
perahu penambang tidak berpintu,
Usahlah kanda berhati bimbang
perhubungan kita mendapat restu,

Duduk berehat di pinggir kali
mengingat kekasih yang telah pergi,
Bukan ku bimbang kekasih kembali
takut luka berdarah kembali,

Mandi-manda di pinggir kali
kali jauh naik pedati,
Bukan setakat dia kembali
ingin pula merayu hati,

Petik mari buah ciku
ambil yang manis letak di peti,
Kenapa dinda berubah laku
adakah kasih bertukar benci,

Cantik indah suntingan melati
melati desa menarik sekali,
Apakah maksud dinda tak mengerti
bicara kanda dalam sekali,

Cantik ayu si gadis sunti
pandai pula menjahit jala,
Baru senang rasa di hati
air berkocak tenang semula,

Ikan haruan si ikan tenggiri
dibawa orang dari Linggi,
Padamu kanda ku perhambakan diri
bawalah daku kemana kau pergi,

Berkurun lama pergi menjauh
wajah ku lihat di dalam mimpi,
Kalau dah kasih sesama sungguh
kering lautan tetap ku nanti,

Surat ku layang untuk berkata
penyampai hasrat kata di hati,
Kalaulah sungguh kasihkan saya
jangan dibuang sampai ke mati,

Indah nian bulan mengambang
keliling pula bintang bercahaya,
Wajah tuan bila ku pandang
bagai melihat pintunya syurga,

Langit cerah awan membiru
dinihari embun pun jatuh,
Sakit sungguh menanggung rindu
di dalam air badan berpeluh,

Senja berlalu iramanya merdu
malam berhiba silih berganti,
Merdu suaramu berputik rindu
menganyam cinta di tasik hati,

Kata terbukti setulus budi
sepanjang abad terkalung di jiwa,
Cinta sejati terus bersemi
selagi jasad terkandung nyawa,

Hilang sepi diraut wajah
usah terlerai nilainya budi,
Setia janji tak akan berubah
kasih tersemai tetap abadi,

Petang hari indah di taman
berjalan-jalan bersuka-ria,
Kanda datang membawa harapan
ingin mendirikan istana bahagia,

Burung merpati terbang melayang
singgah sebentar di pohon meranti,
Rindu hatiku bukan kepalang
wajah mu tuan termimpi-mimpi,

Selat Melaka lautnya tenang
di situ tempat perahu bugis,
Orang jauh janan dikenang
kalau dikenang tentu menangis,

Terkenal gagah Indera Putera
gagah lagi pahlawan berlima,
Perlukah kanda bersumpah setia
seia sekata hidup bersama,

Sayang selasih dibuat main
air perigi dingin terasa,
Hati tidak pada yang lain
walau dinda jauh di mata,

Asal kapas jadi benang
dari benang dibuat kain,
Barang lepas jangan di kenang
sudah jadi orang lain,

Pucuk pauh delima batu
anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu
jauh di mata di hati jangan,

Dulang perak cantik terukir
hadiah untuk tuan puteri,
Jangan dikirim salam terakhir
kekasih di sini setia menanti,

Indah nian Seri Menanti
Seri Menanti bandar di raja,
Dinda akan ku jadikan permaisuri hati
seraut wajahmu ku jadikan penawar hati,iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-85172420415877693532010-10-19T08:25:00.001-07:002010-10-19T08:25:49.365-07:00pantun budiTenang-tenang air di laut,
Sampan koleh mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung.

Yang korek kundi,
Yang merah saga;
yang baik budi,
Yang indah bahasa.

Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.

Bunga Cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang;
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang.

Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai berlari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Padang Temu Padang Baiduri,
Tempat raja membangun kota;
Bijak bertemu dengan jauhari,
Bagai cincin dengan permata.iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-5317218111551698492010-10-19T08:21:00.000-07:002010-10-19T08:23:05.979-07:00pantun nasihatAngin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Kemumu di tengah pekan
Dihembus angin jatuh ke bawah
Ilmu yang tidak diamalkan
Bagai pohon tidak berbuah
Tumbuh melata si pokok tebu
Pergi pasar membeli daging
Banyak harta tak ada ilmu
Bagai rumah tidak berdinding

Tulis surat di dalam gelap
Ayatnya banyak yang tidak kena
Jagalah diri jangan tersilap
Jikalau silap awak yang bencana

Hendak belayar ke Teluk Betong
Sambil mencuba labuhkan pukat
Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Lagu bernama serampang laut
Ditiup angin dari Selatan
Layar dikembang kemudi dipaut
Kalau tak laju binasa badan

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di hilir merekap junjungan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.

Budak-budak berkejar-kejar
Rasa gembira bermain di sana
Kalau kita rajin belajar
Tentu kita akan berjaya

Jangan pergi mandi di lombong
Emak dan kakak sedang mencuci
Jangan suka bercakap bohong
Semua kawan akan membenci

Buah cempedak bentuknya bujur
Sangat disukai oleh semua
Jika kita bersikap jujur
Hidup kita dipandang mulia

Jikalau tuan mengangkat peti
Tolong masukkan segala barang
Jikalau anak-anak bersatu hati
Kerja yang susah menjadi senang

Asam kandis mari dihiris
Manis sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya

Kayu bakar dibuat arang
Arang dibakar memanaskan diri
Jangan mudah menyalahkan orang
Cermin muka lihat sendiri

Selasih tumbuh di tepi telaga
Selasih dimakan si anak kuda
Kasih ibu membaa ke syurga
Kasih saudara masa berada

Masuk hutan pakai sepatu
Takut kena gigitan pacat
Kalau kita selalu bersatu
Apa kerja mudah dibuat

Bandar baru Seberang Perai
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan tulang berkecai
Budi yang baik dikenang juga

Encik Dollah pergi ka Jambi
Pergi pagi kembali petang
Kalau Tuhan hendak membagi
Pintu berkancing rezeki datang

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Terang bulan di malam sepi
Cahya memancar kepangkal kelapa
Hidup di dunia buatlah bakti
Kepada ibu dan juga bapa

Kapal kecil jangan dibelok
Kalau dibelok patah tiangnya
Budak kecil jangan di peluk
Kalau dipeluk patah tulangnya

Asal kapas menjadi benang
Dari benang dibuat kain
Barang yang lepas jangan dikenang
Sudah menjadi hak orang lain

Tengahari pergi mengail
Dapat seekor ikan tenggiri
Jangan amalkan sikap bakhil
Akan merosak diri sendiri

Kapal Anjiman disangka hantu
Nampak dari Kuala Acheh
Rosak iman kerana nafsu
Rosak hati kerana kasih

Tingkap papan kayu bersegi
Sampan sakat di Pulau Angsa
Indah tampan kerana budi
Tinggi darjat kerana bahasa

Anak Siti anak yang manja
Suka berjalan di atas titi
Orang yang malas hendak bekerja
Pasti menyesal satu hari nanti

Bintang tujuh sinar berseri
Bulan purnama datang menerpa
Ajaran guru hendak ditaati
Mana yang dapat jangan dilupa

Parang tajam tidak berhulu
Buat menetak si pokok Ru
Bila belajar tekun selalu
Jangan ingkar nasihat guru

Hari malam gelap-gelita
Pasang lilin jalan ke taman
Sopan santun budaya kita
Jadi kebanggaan zaman berzaman

Pergi berburu sampai ke sempadan
Dapat Kancil badan berjalur
Biar carik baju di badan
Asalkan hati bersih dan jujur

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik di kenang juga

Ramai orang membeli jamu
Di bawah pokok cuaca redup
Bersungguh-sungguh mencari ilmu
Ilmu dicari penyuluh hidup

Apa guna berkain batik
Kalau tidak dengan sucinya?
Apa guna beristeri cantik
Kalau tidak dengan budinya

Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Macam anjing dengan bayang

Baik-baik mengirai padi
Takut mercik ke muka orang
Biar pandai menjaga diri
Takut nanti diejek orang

Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian

Mari kita tanam halia
Ambil sedikit buat juadah
Usia muda jangan disia
Nanti tua sesal tak sudah

Padi muda jangan dilurut
Kalau dilurut pecah batang
Hati muda jangan diturut
Kalau diturut salah datang

Cuaca gelap semakin redup
Masakan boleh kembali terang
Budi bahasa amalan hidup
Barulah kekal dihormati orang

Orang Daik memacu kuda
Kuda dipacu deras sekali
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah

Kalau kita menebang jati
Biar serpih tumbangnya jangan
Kalau kita mencari ganti
Biar lebih kurang jangan

Pinang muda dibelah dua
Anak burung mati diranggah
Dari muda sampai ke tua
Ajaran baik jangan diubah

Pantai Mersing kuala Johor
Pantainya bersih sangat mashyur
Pohonkan doa kita bersyukur
Negara kita aman dan makmur

Orang tua patut disegani
Boleh mendapat ajarnasihat
Ular yang bisa tidak begini
Bisa lagi lidah yang jahat

Ramai orang menggali perigi
Ambil buluh lalu diikat
Ilmu dicari tak akan rugi
Buat bekalan dunia akhirat

Tuan Haji memakai jubah
Singgah sembahyang di tepi lorong
Kalau sudah kehendak Allah
Rezeki segenggam jadi sekarung

Patah gading serpih tanduk
Mari diletak di atas papan
Jika tahu ganja itu mabuk
Buat apakah ia dimakan

Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu
Kalau muda jadikan teman
Kalau tua jadikan guru

Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelahdua
Orang tua jangan dilangkah
Kelak biadap dituduhnya pula

Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat
Orang yang muda kita sanjungi
Orang yang tua kita hormat

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan awak makan
Suruh mengaji awak tak mahu

Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa
Jadilah insan berhati mulia
Baik hati berbudi bahasaiydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-33248035961972167072010-08-19T19:23:00.000-07:002010-08-19T19:25:20.391-07:00Mutiara kataAda sesuatu yang ingin saya kongsikan bersama-sama di sini...
kata-kata ini saya ambil..(pinjam kut) daripada laman blog seorang teman....
sorry Luqman...akak ambil tanpa pengetahuanmu adikku....

Kita harus menjalani segala rencam kehidupan setiap masa berputar. Bezanya manusia samada dua; menempuhinya dengan tenang atau kelam kabut. Kedua-duanya adalah pilihan. Kitalah penentunya.iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-67279708075899055422010-08-19T19:20:00.000-07:002010-08-19T19:22:59.521-07:00salam ramadhan....salam pada semua...
salam sejahtera pada rakan-rakan....

dah lama saya x update blog ini...sibuk ke?
ye, mmg saya sibuk...
sibuk dengan hal pekerjaan dan keluarga....
dah masuk bulan Ramadhan ni..
x lama lagi nak raya...yea..yea....iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-17674113174157933222010-01-06T00:21:00.000-08:002010-01-06T00:28:49.634-08:00Selamat Tahun Baru 2010..Rasanya dah lama x update kisah terbaru dalam blog nih..agak sibuk sikit masa cuti sekolah ni.Banyak habiskan masa bersama keluarga terutama sekali bersama Danish...Banyak tempat2 menarik masa cuti sekolah ni dah bawa dia...tempat yang paling dia suka sekali ialah play ground. Di mana ada tempat permainan, di situlah ada dia..huhuhu...
harap-harap tahun baru ni bawa sinar yang baru dalam hidupku.Minta pada Tuhan Yang Maha Esa agar dikuatkan iman untuk berada dilandasan yang betul...iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-75048618805073512232009-11-12T01:29:00.000-08:002009-11-12T01:35:03.939-08:00Mutiara kata 3
Get the Mutiara Kata code at Myspace Graphics

iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-27372423126869644902009-11-12T01:27:00.000-08:002009-11-12T01:29:27.816-08:00Mutiara kata 2
Get the Mutiara Kata code at Myspace Graphics

Jujurkah anda pada setiap perbuatan??iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-1359216517964073442009-11-12T01:25:00.000-08:002009-11-12T01:27:19.726-08:00Mutiara kata 1
Get the Mutiara Kata code at Myspace Graphics

Ikhlaskah anda pada setiap perkara yang dilakukan???iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-32337596179631748152009-11-12T01:20:00.000-08:002009-11-12T01:23:09.982-08:00senyum..
Get the Senyuman code at Myspace Graphics

senyum itu indah..senyum itu sesuatu yang membahagiakan walau kita di dalam kesusahan..jadi,senyumlah untuk semua..bukankah senyum itu satu sedekah..iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-63590223909109680452009-10-22T02:03:00.000-07:002009-10-22T02:56:40.664-07:00My Little Baby Boy...

1 hari.....

My little baby boy born.....cute jer masa nih..nurse ckp muka dia mcm muka i....hehehehe..

iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-14748690652658206852009-10-21T06:53:00.000-07:002009-10-21T06:55:22.168-07:00Majalah baru.. Macam best jer kan.....

iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-89553597655534279002009-10-21T05:55:00.000-07:002009-10-21T05:56:02.699-07:00Upin dan Ipin.....<object width="560" height="340"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/7TAlOX82GUU&hl=en&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/7TAlOX82GUU&hl=en&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="560" height="340"></embed></object>

Danish suka lagu nih...iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-7965160110458614532009-10-21T05:35:00.000-07:002009-10-21T05:49:00.011-07:00perkembangan janin dalam rahim ibu...<object width="425" height="344"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/eB3cMV70qSw&hl=en&fs=1&"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/eB3cMV70qSw&hl=en&fs=1&" type="application/x-shockwave-flash" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true" width="425" height="344"></embed></object>

saksikanlah vidoe klip ini..buat renungan kita semua...iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-4872037084276849393.post-59574267357801540372009-10-13T08:11:00.000-07:002009-10-21T06:51:38.747-07:00Lost World Of Tambun...

Kawan-kawan yang belum pegi lagi ke lost world nih, sila lah berbuat demikian..patutlah nama tempat ni lost world, mmg x ingat dunia pun bila dah masuk kt cni....

Best...

iydahttp://www.blogger.com/profile/11061847242600130125noreply@blogger.com0