Wednesday, November 28, 2012

Kehilangan...

Salam takziah diucapkan kepada keluarga Puan Nageswary atas pemergian beliau. Saya terima berita sedih ni jam 8.40 pagi tadi..Terima kasih kepada si pengirim SMS..

Thursday, April 14, 2011

Info Bahasa

INFO BAHASA
Rapat dan mantap. Melibatkan 16 perkataan dalam Bahasa Malaysia yang ditulis secara rapat tanpa proses penjauhan huruf walaupun melibatkan dua ayat. Mengikut penerangan yang telah dimantapkan. Hanya 16 perkataan ini sahaja yang perlu dirapatkan ejaannya. Selain daripada itu, sebarang ejaan yang melibatkan dua ayat perlulah di jauhkan.

1. antarabangsa
2. beritahu
3. bumiputera
4. kakitangan
5. kerjasama
6. olahraga
7. tandatangan
8. matahari
9. setiausaha
10. sukarela
11. tanggungjawab
12. warganegara
13. pesuruhjaya
14. ubahsuai
15. jawatankuasa
16. suruhanjaya

Wednesday, April 13, 2011

Fail-fail PBS

saya nak ucap terima kasih kepada tuan punya blog yg sudi beri saya share info tentang PBS ni...banyak kerja saya lepas ni kan...nk kena update fail-fail yang sedia ada tu...peningggggg....
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


KONGSI ILMU
FAIL-FAIL PBS KSSR :
1. Fail Induk
Minit mesyuarat
Organisasi
Perkeliling
Laporan dll...
2. Fail Mata Pelajaran
Rekod Standard Prestasi Murid
Instrumen Ujian-ujian
3. Fail Murid
Biodata murid
Instrumen Ujian-ujian

Thursday, January 20, 2011

Larang guru kerja Sabtu

Pengetua dan guru besar sekolah di seluruh negara diminta tidak memaksa guru mereka bertugas pada Sabtu, selain patuh pada peraturan dikeluarkan kerajaan yang menetapkan hari berkenaan sebagai cuti buat kakitangan sekolah.

Sehubungan itu, guru yang tidak berpuas hati ditugaskan pengetua mereka untuk bekerja pada setiap Sabtu di sekolah masing-masing, diminta tampil membuat aduan bertulis kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) supaya hak mereka untuk berehat pada hari itu dapat dibela.


Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata, masih ada pengetua atau guru besar sekolah yang tidak memahami peraturan serta ingkar dengan arahan kerajaan yang menetapkan Sabtu sebagai hari cuti berehat untuk semua guru.

Bagaimanapun, beliau berkata, peraturan itu masih fleksibel kerana guru berkenaan boleh dipanggil oleh pengetua untuk bertugas pada mana-mana dua Sabtu dalam sebulan jika keadaan benar-benar memerlukan bagi menjayakan sesuatu acara yang tidak dapat dilakukan pada hari persekolahan biasa.


“Ada pengetua menganggap keputusan mereka mengarah guru bertugas pada Sabtu terutama untuk mengadakan kelas tambahan kononnya untuk mempertingkatkan lagi pencapaian pelajar sedangkan kelas yang sudah diadakan dari Isnin hingga Khamis sepatutnya sudah mencukupi “Pengetua yang mahu mengarah guru bekerja pada Sabtu sepatutnya mengeluarkan arahan dalam bentuk surat arahan rasmi dan bukannya secara lisan kerana jika apa-apa perkara tidak diingini berlaku, pihak sekolah dan pengetua akan bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi semalam.


Hashim berkata, guru mempunyai hak untuk berehat pada Sabtu bersama keluarga serta menenangkan fikiran dan tidak sepatutnya dikerah bekerja hingga mengganggu masa senggang mereka.Katanya, beliau memahami keadaan guru yang tersepit dan serba salah dengan arahan pengetua serta akan mengikut saja berikutan bimbang dikenakan tindakan jika enggan bertugas pada Sabtu walaupun ia sudah diisytiharkan sebagai hari cuti buat mereka.


“Ada guru yang sukarela bertugas dengan mengadakan kelas tambahan pada Sabtu atau menganjurkan program berbentuk sukan, tetapi bagi mereka yang tidak rela, jangan duduk diam dan kita minta mereka membuat aduan supaya hak mereka terbela.

“Manakala guru yang terpaksa bertugas pada Sabtu perlu berani meminta pengetua mengeluarkan satu surat rasmi yang tertera arahan mengenai tugas supaya pihak sekolah akan bertanggungjawab jika ada masalah,” katanya.

santai...

Hari ni cuti lagi..cuti tambahan bg sambutan Hari Thaipusam....releks sikit coz 4 hari ler kiranya cuti tuk minggu nih...sakan....
duk belek blog yg dah lama x disentuh..tukar n repair ckit sana sini...jadilah mcm nih....nk bt lagi canggih x tau....kalau ada sapa2 nk tolong saya, silakan lah...dialu2kan...

Tuesday, October 19, 2010

contoh pantun 6 kerat....

Apa di harap padi seberang,

Entah berderai entahkan tidak,

Entah dimakan pipit melayang,

Apa diharap kekasih orang,

Entah bercerai entah tidak,

Entah makin bertambah sayang.

contoh pantun 4 kerat...

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
budi yangbaik dikenang juga.